Monday, October 26, 2009

Bacaan Di Hujung Minggu...

Jumaat lalu ku lihat seorang kawan kusyuk sangat membaca novel ni...aku tanya best ke citer dia? Dia diam jer..mungkin best sgt sampai tak terkata..hehehhe...menjelang petang novel tu dah habis di bacanya...aku pun capai novel tu and said..can i borrow? mcm best jer tgk u baca td..pinjam lah katanya...Terus la ku bawa balik novel tu..kebetulan aku dah tak der novel baru dalam simpanan untuk di baca...ku baca sinopsis d belakang novel..emmm..mcm citer biase jer...adik ku pulak mmg pantang tgk novel2 cinta ni..terus di capainya..ape lagi dia la pulak yg baca dulu..huh..satu malam jer dah habis dia baca..my turn...helai demi helai ku baca...lama2 aku tenggelam dalam dunia ku sendiri...sampai mandi pun lambat..x masak..hehehe...duk berdua jer dgn Nazhan mkn jer aper yg ada..x masak pun x per...1 hari 1 malam novel tu habis ku baca...terlalu sayang utk ku tinggalkan...memang best ceritanya..

Tengok nama penulisnya..rasa tak pernah tgk..novel ni pertama di publish 2007..dah lama la...but walaupun dah 2 tahun ketinggalan membaca novel ni..tak rugi juga rasanya...sebab ceritanya mmg best..cara kasih sayang yg tercurah di olah indah dalam novel ni..

Setakat ini aku telah jatuh cinta dgn hasil tulisan Ramlee Awg Murshid...sampai merata kedai buku ku redah cari koleksi buku beliau yang lama...then i read some of Eisya Sofia and Damya Hanna...emmm...mungkin presepsi ku terhadap penulis2 melayu patut bertukar....thumb up for those yg menghasilkan novel2 yang menarik...

Sinopsis..
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa bolehdiulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdirhidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergikerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadisuaminya.

Nora Elena keliru...Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu.Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataantidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yangterbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupunhakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinyamerintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang."Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalahsimpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsiayang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnyayang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... salingmemerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi danmenerima.Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagikerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

1 comment:

Meen Zulaikha said...

Salam Zann. Kembang hati Kak Meen nmpk KYS terpampang di sini, t/kasih ya.. Kirim salam kat adik & kawan Zann yg pinjamkan KYS :-)